|
Pojok – Sekadar Bertanya
|
|
Sunday, 28 September 2008 04:18 |
Nampaknya seluruh perhatian orang UMNO hari ini tertumpu kepada peralihan kuasa. Dengan kata lain perebutan kuasa.
Apakah ini isu terbesar yang dihadapi UMNO? Apakah sesudah selesai peralihan kuasa nanti UMNO akan pulih seperti sediakala?
Bukankah masalah terbesar UMNO memulihkan kepercayaan rakyat terhadap parti politik itu? Mendapatkan semula keyakinan rakyat, termasuk ahli UMNO dan BN sendiri, yang tidak mengundi BN dalam PRU 12? Mengkaji mengapa begitu ramai ahli UMNO sendiri tidak mengundi calonnya di Permatang Pauh?
|
|
|
Petua ABAH
|
|
Tuesday, 30 September 2008 05:01 |
|
Sejak penggunaan internet meluas, ramai teman-teman mengirimkan pelbagai bahan yang menarik melalui internet kepada saya. Kebanyakannya meminta saya mengongsikan bahan tersebut kepada rakan-rakan yang lain. Dari itu saya mengambil peluang melalui ruang ini untuk menyibarkan pilihan petua yang saya rasa berguna dan mudah digunakan.
1. Menjimat dalam zaman harga petrol naik 2. Bawa kunci mobil semasa tidur 3. Lampu suluh 4. Lagi tentang menjimatkan petrol 5. Bagaimana untuk tidur lena 6. Sebut harga 7. Warga mas 8. Gastritis
|
|
Kertas Kerja Wacana Bulanan Kumpulan Prihatin
|
|
Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said berikrar terus membantah dasar Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), termasuk dalam pilihanraya kecil DUN Penanti tidak lama lagi.
"Untuk saya sendiri, saya akan teruskan (berkempen). Biarpun saya kalah dalam berlawan," katanya kepada Malaysiakini ketika ditanya sama beliau akan turut serta berkempen kali ini seperti pada pilihanraya kecil Kuala Terengganu dan Bukit Selambau.
"Saya akan terus (berkempen) kerana saya merasakan, yang paling penting (menjelaskan persoalan) mengapa Kementerian Pelajaran melanggar Akta Bahasa (dengan melaksanakan PPSMI)?
|
|
|
Politik
|
|
Datuk Onn mengajar orang Melayu seangkatan beliau bersumpah
|
|
Kenyataan Media Kumpulan Prihatin
|
|
Persatuan Linguistik Malaysia (PLM) telah dan sekali lagi ingin mengucapkan syabas dan tahniah atas keberanian YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin menghapuskan PPSMI. Sesungguhnya perjuangan PLM dalam usaha memastikan bahasa Melayu didaulatkan sebagai bahasa kebangsaan tidak pernah putus. Perjuangan PLM adalah berdasarkan kepada pertimbangan akademik, teoritis, perlembagaan dan kepentingan rakyat terbanyak. PLM bergerak atas fakta, bukti dan bukannya emosi semata-mata.
Namun demikian PLM tetap merasakan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Melayu harus disegerakan pada tahun hadapan terutama kepada anak-anak yang bakal masuk pada tahun 1 dan tingkatan 1. PLM berasa amat kesal sekiranya perkara yang tidak terlalu sukar ini “disusah-susahkan” atau dilengah-lengahkan. Peralihan kepada bahasa Melayu, bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan negara ini tidak sama seperti peralihan daripada bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu seperti pada awal tahun tujuh puluhan dahulu atau seperti beralih daripada bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris. Pada umumnya bahasa Melayu merupakan bahasa pertuturan yang difahami oleh oleh semua anak-anak dan pelajar (tanpa kecuali) di negara ini berbanding bahasa Inggeris. Melengah-lengahkan usaha yang “mudah” ini bermakna menambahkan lagi jumlah pelajar “mangsa” PPSMI yang diakui sudah menjangkau angka 3 juta orang (walaupun pada hakikatnya mangsa PPSMI ialah tamadun dan bahasa Melayu itu sendiri). Kata-kata ini jelas menggambarkan iaitu “justice delayed is justice denied” atau keadilan yang ditangguhkan merupakan keadilan yang dinafikan. Sebenarnya jika diteliti pelajar akan memulakan alam persekolahan dengan bahasa pengantar bahasa kebangsaan tanpa banyak masalah. Buktinya:
|
|
|
|
|
<< Start < Prev 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Next > End >>
|
|
Page 1 of 60 |