Info Kumpulan Prihatin

KUMPULAN PRIHATIN terdiri daripada sekumpulan tokoh-tokoh bahasa, ilmuan, ahli akademik, tokoh agama, budayawan dan sasterawan dan beberapa NGO yang prihatin terhadap isu-isu berhubung dengan masa depan bangsa, agama dan negara khususnya dalam isu-isu bahasa, budaya dan pendidikan bangsa Melayu. Antara program besar yang pernah dijalankan ialah Persidangan Agenda Melayu & Perpaduan Kebangsaan 2001, Perhimpunan Agenda Melayu 2004 yang membawa kepada pengwujudan slogan “Berpakatlah” antara Parti-parti Melayu dan Islam ketika itu bagi melahirkan masyarakat yang harmoni. Kumpulan ini juga turut memperjuangkan isu bahasa, pendidikan dan sosial orang Melayu dan Islam.

Bahan Penerbitan Prihatin

prihatin

Statistik

Members : 3
Content : 298
Web Links : 17
Content View Hits : 167625

Pelawat

We have 13 guests online
Ekonomi & Perniagaan
“CABARAN EKONOMI BUMIPUTERA DALAM LIBERALISASI 1MALAYSIA” PDF Print E-mail
Ekonomi & Perniagaan
Syarahan Perdana Wacana Ke-2 Anjuran Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) disampaikan oleh Y.B.M. Tengku Razaleigh Hamzah pada hari Sabtu, 15.8.2009, jam 9:00 pagi bertempat di Dewan Gelaria Perdana, Memorial Tun Hussein Onn, Bukit Perdana, Jalan Dato’ Onn, Kuala Lumpur.

1.    Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih banyak kepada pihak penganjur, iaitu Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia yang diketuai oleh YB Dato’ Ibrahim Ali, Ahli Parlimen Bebas (bukan MP UMNO!) atas kesudiannya mempelawa saya untuk menyampaikan Syarahan Perdana ini atas tajuk Cabaran Ekonomi Bumiputera Dalam Liberalisasi 1Malaysia.