Info Kumpulan Prihatin

KUMPULAN PRIHATIN terdiri daripada sekumpulan tokoh-tokoh bahasa, ilmuan, ahli akademik, tokoh agama, budayawan dan sasterawan dan beberapa NGO yang prihatin terhadap isu-isu berhubung dengan masa depan bangsa, agama dan negara khususnya dalam isu-isu bahasa, budaya dan pendidikan bangsa Melayu. Antara program besar yang pernah dijalankan ialah Persidangan Agenda Melayu & Perpaduan Kebangsaan 2001, Perhimpunan Agenda Melayu 2004 yang membawa kepada pengwujudan slogan “Berpakatlah” antara Parti-parti Melayu dan Islam ketika itu bagi melahirkan masyarakat yang harmoni. Kumpulan ini juga turut memperjuangkan isu bahasa, pendidikan dan sosial orang Melayu dan Islam.

Bahan Penerbitan Prihatin

prihatin

Statistik

Members : 3
Content : 298
Web Links : 17
Content View Hits : 167632

Pelawat

We have 13 guests online
Kenyataan Media Kumpulan Prihatin
Kenyataan Media Persatuan Linguistik Malaysia 15 Ogos 2009 PDF Print E-mail
Kenyataan Media Kumpulan Prihatin
Persatuan Linguistik Malaysia (PLM) telah dan sekali lagi ingin mengucapkan syabas dan tahniah atas keberanian YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin menghapuskan PPSMI. Sesungguhnya perjuangan PLM dalam usaha memastikan bahasa Melayu didaulatkan sebagai bahasa kebangsaan tidak pernah putus. Perjuangan PLM adalah berdasarkan kepada pertimbangan akademik, teoritis, perlembagaan dan kepentingan rakyat terbanyak. PLM bergerak atas fakta, bukti dan bukannya emosi semata-mata.

Namun demikian PLM tetap merasakan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Melayu harus disegerakan pada tahun hadapan terutama kepada anak-anak yang bakal masuk pada tahun 1 dan tingkatan 1. PLM berasa amat kesal sekiranya perkara yang tidak terlalu sukar ini “disusah-susahkan” atau dilengah-lengahkan.  Peralihan kepada bahasa Melayu, bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan negara ini tidak sama seperti peralihan daripada bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu seperti pada awal tahun tujuh puluhan dahulu atau seperti beralih daripada bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris.  Pada umumnya bahasa Melayu merupakan bahasa pertuturan yang difahami oleh oleh semua anak-anak dan pelajar (tanpa kecuali) di negara ini berbanding bahasa Inggeris. Melengah-lengahkan usaha yang “mudah” ini bermakna menambahkan lagi jumlah pelajar “mangsa” PPSMI yang diakui sudah menjangkau angka 3 juta orang (walaupun pada hakikatnya mangsa PPSMI ialah tamadun dan bahasa Melayu  itu sendiri). Kata-kata ini jelas menggambarkan iaitu “justice delayed is justice denied” atau keadilan yang ditangguhkan merupakan keadilan yang dinafikan.  Sebenarnya jika diteliti pelajar  akan memulakan alam persekolahan dengan bahasa pengantar bahasa kebangsaan tanpa banyak masalah. Buktinya:
 
Wacana Memperkasakan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu di Darul Hikmah pada 19 April 2009 PDF Print E-mail
Kenyataan Media Kumpulan Prihatin

Wacana Memperkasakan Bahasa Melayu Sebagai bahasa Ilmu di Darul Hikmah Kajang

Tarikh: 19 April 2009

8.00 - 8.30 pagi: ketibaan dan pendaftaran peserta

8.30 pagi – 8.35 pagi: Ucapan Aluan Pengerusi Majlis

8.35 pagi – 8.50 pagi: Ucapan Aluan oleh Dato’ Dr. Siddiq Fadzil, Presiden Kolej Dar al-Hikmah

8.50 pagi – 9.30 pagi: Ucaptama - Dato’ Dr. Hassan Ahmad, Ketua Eksekutif, Yayasan Karyawan Malaysia

9.30 pagi – 9.45 pagi: Minum Pagi

9.45 pagi – 11.45 pagi: Wacana 1 - Pendidikan & Kebudayaan

a. Tn. Hj. Ahmad Mohamad Said, Ketua Eksekutif KDH
b. Prof. Emeritus Abdullah Hassan, Institut Peradaban Melayu, UPSI
c. Prof. Madya Datuk Zainal Abidin Borhan, Akademi Pengajian Melayu, UM


Sesi Soal Jawab

11.45 pagi – 1.45 tengahari: Wacana 2 - Sains dan Teknologi

a. Dr. Shaharir Mohamad Zain
b. Prof. Dr. Mat Rofa Ismail, Fakulti Sains, UPM


Sesi Soal Jawab

1.45 tengahari – 2.30 petang: Penutupan Majlis, Makan tengahari, Solat Zuhur dan bersurai

KDH

Peta Arah Tuju Ke Kolej Dar al-Hikmah

Maklumat lanjut sila klik/layari : http://web.hikmah.edu.my/content/view/86/179/

 
KENYATAAN AKHBAR OLEH GERAKAN HAPUSKAN PPSMI (GMP) 25/3/09 PDF Print E-mail
Kenyataan Media Kumpulan Prihatin

GMP1. Kenyataan ini dibuat setelah kami menerima desakan daripada banyak penyokong GMP supaya kami menjelaskan hasil pertemuan antara Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin bin Hussein dengan saya dan Datuk A. Samad Said, Sasterawan Negara dan anggota Jawatankuasa Pusat GMP, di pejabat Menteri pada 19 Mac 2009 yang baru lepas. Ada pihak yang menyangka bahawa kami telah bertolak ansur dengan Menteri dan tidak akan meneruskan lagi desakan supaya kerajaan memansuhkan PPSMI.

2. Sebenarnya, pertemuan itu, yang diadakan atas inisiatif YB Menteri, bertujuan untuk mengetahui dengan lebih dekat dan lebih jelas lagi apakah sebenarnya yang dituntut atau dipeIjuangkan oleh GMP dan apakah pendirian kerajaan, khususnya YB Menteri Pelajaran. Menteri mahu kedua-dua pihak tidak bertelagah dalam akhbar atau media disebabkan salah faham atau maklumat yang tidak tepat tentang pendirian dan perasaan masing-masing. Kami bersetuju dengan hasrat Menteri itu.

 
MANSUHKAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS DAN MATEMATIK DALAM BAHASA INGGERIS (PPSMI) - MEMORANDUM GERAKAN MANSUHKAN PPSMI (GMP) PDF Print E-mail
Kenyataan Media Kumpulan Prihatin
HassanKami dari Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) memohon pertimbangan pihak kerajaan dan sokongan Wakil Rakyat dalam Parlimen supaya keputusan PPSMI yang dibuat dalam tahun 2003 itu dimansuhkan untuk menyelesaikan segala masalah yang dihadapi oleh beratus ribu pelajar kita, terutama di sekolah kebangsaan di luar bandar, dan untuk mengelak kemungkinan bahasa Melayu dan bahasa Ibunda termusnah sebagai bahasa ilmu, khususnya sebagai bahasa sains, akibat keputusan yang tidak munasabah itu.

Latar Belakang

1. Sebagaimana kita semua maklum, dasar pengajaran sains dan matematik dan semua mata pelajaran lain dalam bahasa kebangsaan di Sekolah Kebangsaan telah dilaksanakan secara tegas sejak tahun 1970. Setelah dasar itu berjalan selama 37 tahun hingga tahun 2003 tiada apa-apa masalah serius yang berlaku pada keupayaan pelajar kita dari semua kaum untuk menguasai ilmu sains dan matematik dan segala cabangnya dalam bahasa kebangsaan. Buku-buku teks dalam mata pelajaran sains dan matematik dalam bahasa kebangsaan dari darjah Satu hingga ke Tingkatan VI semuanya cukup, tidak timbul apa-apa masalah kekurangan buku teks. Hasil kegigihan Dewan Bahasa Dan Pustaka membina peristilahan sains dan matematik dalam bahasa kebangsaan, yang melibatkan ratusan ahli bahasa dan pakar dalam pelbagai bidang ilmu, masalah peristilahan sains tidak timbul lagi dalam tempoh itu.
 
Selamat 'Idil Fitri PDF Print E-mail
Kenyataan Media Kumpulan Prihatin
Assalamu'alaikum kepada Pembaca dan Peminat Prihatin.net,
 
Dengan rasa sayu meninggalkan Ramadhan Mubarak kita menyambut kedatangan Shawal dengan gembira. Moga-moga gawat politik dan ekonomi negara akan segera pulih seperti sediakala. Marilah kita sama-sama sentiasa berdoa agar Allah memberikan petunjuk dan hidayah kepada pemimpin-pemimpin kita supaya mengutamakan kepentingan negara dan bangsa daripada merebut jawatan sahaja.
 
Kami akan terus berusaha menghidangkan Anda dengan bahan-bahan bacaan yang berguna lagi merangsang minda. Terima kasih untuk sokongan Anda.
 
Selamat 'Idilfitri dan maaf lahir btin dari saya sekeluarga serta keluarga besar Kumpulan Prihatin.

Abu Bakar bin Abd Hamid
Pengerusi Kumpulan Prihatin
Dari Fort Wayne, Indiana, AS
 
30 (Isnin) September 2008
 
Kenyataan Media Bersama PDF Print E-mail
Kenyataan Media Kumpulan Prihatin
KENYATAAN MEDIA
 
MENOLAK USAHA MENERUSKAN PELAKSANAAN PENGAJARAN SAINS, MATEMATIK DAN TEKNOLOGI DALAM BAHASA INGGERIS (PPSMI) DI PERINGKAT SEKOLAH HINGGA IPT
(12 SEPTEMBER 2008 / 12 RAMADHAN 1429H)
 
1. Pengendalian Persidangan Meja Bulat anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) yang cuba mendapatkan pandangan tentang PPSMI telah dilaksanakan secara “tidak adil” dan “laporannya” dalam akhbar juga “mengelirukan”. Tiga daripada lima orang pembentang bukannya berbicara tentang PPSMI tetapi tentang kepentingan menguasai bahasa Inggeris yang tidak pun dinafikan oleh kami. Kami bimbang akan kemunculan watak-watak “pembesar” seperti dalam cerita “Maharaja dengan Baju Barunya” yang hanya mengiyakan bahawa baju raja cantik walaupun raja sebenarnya tidak berbaju. Lagipun semasa hendak mengubah ke bahasa Inggeris dahulu tiada meja bulat pun dan tidak pun ditimbulkan tentang kesan ekonomi perbukuan bahasa Melayu. Apakah meja bulat ini hanya untuk mengaburi mata orang ramai saja kerana pengerusinya tidak dapat membuat kesimpulan secara objektif dan tepat. (Contoh pertemuan 27 Ogos 2008 yang lalu – rujuk The Star dan Utusan Malaysia 28.8.08 dan catatan wakil ASASI di www.prihatin.net).
 
2. Bagaimana pemimpin kerajaan boleh mempertahankan tindakan yang terang-terang melanggar Akta? Tindakan ini dilakukan secara sembunyi-sembunyi. Kononnya dua mata pelajaran tetapi ternyata kini bahawa sebenarnya lebih 80% kursus di sekolah menengah dan IPT telah diajar dalam bahasa Inggeris. Ini adalah benar dan bukannya andaian palsu. Apabila ini sudah berlaku maka Akta mungkin akan dipinda atas alasan fait accompli dan hancurlah bahasa Melayu. Soalan “adakah kita mahu meneruskan PPSMI atau tidak” sebenarnya samalah maknanya dengan soalan “adakah kita mahu meneruskan usaha menghancurkan bahasa Melayu dalam bidang sains dan teknologi?” (rujuk Siri Bicara Bahasa Bil.15, 2002 terbitan PLM & DBP). Kami sedia berdebat tentang kehancuran bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan negara ini.
 
3. Kajian yang “lebih” jujur dan tidak berkepentingan oleh pelbagai pihak termasuk oleh Prof. Emeritus Datuk Dr. Isahak Haron dan kajian Prof. Dr. Norhashimah Jalaluddin di bawah payung UKM-DBP misalnya menunjukkan mereka yang di bandar dan mereka yang dari keluarga yang berpendapatan tinggi mendapat manfaat dari PPSMI manakala majoriti pelajar luar bandar lebih terdera. Dengan PPSMI jurang antara bandar dan luar bandar semakin melebar. Yang menjadi mangsa pasti majoritinya Melayu kerana mereka kira-kira 70% penduduk luar bandar dan ini amat tidak adil kerana mereka dinafikan pendidikan berkualiti.
 
4. Tujuan seluruh usaha ini ialah untuk meningkatkan penguasaan BI pelajar. Tetapi ini telah dilakukandengan meminggirkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan budaya tinggi. Penyelesaian ini seperti kata pepatah Melayu, lain yang luka lain yang dibebat. Tidak pernah dibuktikan di mana-mana di dunia, mengajar sains dan matematik boleh meningkatkan penguasaan bahasa. Pelaksanaan PPSMI di negara bekas jajahan British di Afrika dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Perancis di negara bekas jajahan Perancis di Afrika tidakpun memajukan negara tersebut, malah tinggal mundur dan miskin walaupun bahasa negara termaju digunakan. Hanya Amerika Syarikat, Britain, Australia dan New Zealand wajar melaksanakan PPSMI.
 
5. Kemungkinan besar tindakan ini untuk menutup kegagalan Kementerian dalam usaha mencari kaedah yang sesuai untuk mengajar bahasa Inggeris. Tegasnya Kementerian mestilah mencari kaedah mengajar bahasa Inggeris yang sesuai dan berkesan.
 
6. Kerajaan mestilah belajar dari pengalaman. Dalam tahun 60-an Kerajaan telah “mengusir” keluar tulisan jawi daripada bilik darjah. Akibatnya 40 tahun kemudian akhbar tulisan jawi menjadi tidak lagi berdaya maju, menjadi sisipan saja kepada akhbar tulisan rumi. Sekarang kerajaan sekali lagi “mengusir” keluar bahasa Melayu daripada bilik darjah “sains dan teknologi”. Kemungkinan besar 40 tahun lagi akhbar berbahasa Melayu tidak akan berdaya maju dan akan menjadi sisipan saja kepada akhbar Inggeris dan Mandarin. Pada waktu itu bahasa Melayu bukan lagi bahasa ilmu dan budaya tinggi. Sejarah akan mendera kita lagi.
 
7. Gesaan kami agar pihak berkuasa mengembalikan Dasar Pelajaran Kebangsaan (1970 - 2002) yang telah berjaya dan dipersetujui bersama-sama. Kembalikanlah kewibawaan bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan negara ini sebagai penghantar sains, matematik dan teknologi di sekolah rendah, sekolah menengah dan di IPT. Jika pertukaran dilakukan di peringkat sekolah rendah sahaja, dan/atau sehingga di sekolah menengah sahaja, akan hanya merupakan tindakan “melepas batuk di tangga”. Bahasa Melayu tetap hancur di negaranya sendiri. Kesan negatif akibat PPSMI telah melarat-larat dengan keghairahan pemimpin besar dan kecil sehingga menghina dan memperkecil bahasa rasmi/bahasa kebangsaan dalam semua aspek kehidupan di negara ini sebagai bahasa rasmi, ilmu dan perhubungan di negara ini sehingga DBP pun seolah-olah sudah “mati” dan tidak berwibawa lagi.
 
8. Malaysia bukan England, bukan Amerika, bukan India, bukan Taiwan, bukan Singapura. Malaysia adalah Malaysia yang dahulunya Persekutuan Tanah Melayu yang sejarahnya bermula sejak sebelum kerajaan Melayu Melaka lagi. Kembalikanlah bahasa Melayu dalam sistem pendidikan negara kita seperti sebelum tahun 2003. Kepemimpinan Melalui Teladan. Hormatilah keluhuran Perlembagaan dan kedaulatan undang-undang negara, (Rukun Negara ke-3 dan ke-4).
 
9. Rancangan untuk menjadikan keputusan UPSR pada tahun ini sebagai salah satu penentu penerusan PPSMI juga amat tidak logik dan membelakangi ilmu perancangan pendidikan. Bahasa Melayu tetap hancur dan musnah akibat PPSMI, keputusan dan angka juga boleh berubah-ubah dan soalan juga masih dwibahasa.
 
DENGAN INI KAMI BADAN-BADAN BUKAN KERAJAAN YANG BERIKUT (SEBAHAGIAN BESARNYA MEMANG MEMBANTAH PPSMI SEJAK URA-URA HENDAK DILAKSANAKAN PADA TAHUN 1996 DAHULU LAGI (LIHAT ASRAF, MANIFESTO BUDAYA PUPUS BAHASA PUPUSLAH BANGSA, 1996, PLM:KL DAN BUKU MENGAPA KAMI BANTAH SAINS DAN MATEMATIK DALAM BAHASA INGGERIS, ABDULLAH HASSAN, PTM:KL) MENDESAK LAGI SEKALI SUPAYA PPSMI YANG DILAKSANAKAN SEKARANG INI DIBERHENTIKAN SERTA-MERTA DAN KEMBALI KEPADA DASAR SEBELUM 2003.
 
 
<< Start < Prev 1 2 Next > End >>

Page 1 of 2