Info Kumpulan Prihatin

KUMPULAN PRIHATIN terdiri daripada sekumpulan tokoh-tokoh bahasa, ilmuan, ahli akademik, tokoh agama, budayawan dan sasterawan dan beberapa NGO yang prihatin terhadap isu-isu berhubung dengan masa depan bangsa, agama dan negara khususnya dalam isu-isu bahasa, budaya dan pendidikan bangsa Melayu. Antara program besar yang pernah dijalankan ialah Persidangan Agenda Melayu & Perpaduan Kebangsaan 2001, Perhimpunan Agenda Melayu 2004 yang membawa kepada pengwujudan slogan “Berpakatlah” antara Parti-parti Melayu dan Islam ketika itu bagi melahirkan masyarakat yang harmoni. Kumpulan ini juga turut memperjuangkan isu bahasa, pendidikan dan sosial orang Melayu dan Islam.

Bahan Penerbitan Prihatin

prihatin

Statistik

Members : 3
Content : 298
Web Links : 17
Content View Hits : 168391

Pelawat

We have 18 guests online
Keratan Akhbar Terpilih
Apabila kekuatan sendiri dilupakan - Dr. Ridhuan Tee PDF Print E-mail
Keratan Akhbar Terpilih

Seperti yang dijangka pantang soal pendidikan vernakular disentuh, maka melompatlah segelintir ultra kiasu ini. Mereka mengatakan itu hak mereka. Kepentingan etnik mesti dijaga. Jangan campurtangan. Sedangkan saya bercakap dalam soal pembinaan negara bangsa, memperkasakan masa depan dan kepentingan nasional, dengan tidak menafikan hak bangsa lain untuk belajar bahasa ibunda. Apakah kita masih tidak faham? Lebih ekstrim lagi, mereka mencadangkan jika mahu dibuat sekolah satu aliran, jadikan bahasa Inggeris sebagai pengantar, bukan bahasa Melayu. Ternyata mereka  mengenepikan sama sekali dan memandang rendah kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Bila bahasa itu dipandang rendah, tidakkah pandangan terhadap bangsa bahasa tersebut turut terpalit sama?

Maka tidak hairanlah hari ini mereka amat bangga dan megah dengan nama-nama tambahan seperti Joe, Michael, Nicol, Amy, Martin dan lain-lain. Kadangkala naik mual memanggil dan mendengarnya. Mereka bangga dikaitkan dengan Kristian dan barat, namun tidak mahu langsung dikaitkan dengan Islam dan Melayu. Tidakkah timur itu lebih dekat dengan kita berbanding barat? Ada yang sanggup menukar kad pengenalan baru semata-mata taksub dengan nama barat. Kenapa bila tiba nama-nama seperti Muhammad, Mahmud, Aziz, Ridhuan dan nama-nama Islam lain tidak dipandang tinggi, malah dilihat dengan nada penuh kebencian? Hina sangatkah nama Melayu dan Islam? Penggunaan nama-nama Islam dianggap tidak ada standard dan glamour? Tidakkah nama-nama timur ini lebih berwajah 1Malaysia? Saya tidak mahu untuk membuka tembelang yang lain. Biarlah saya simpan buat sementara waktu ini.

 
PPSMI: Guru diingat jangan ambil kesempatan - Malaysiakini 19 Ogos 2009 PDF Print E-mail
Keratan Akhbar Terpilih
Kementerian Pelajaran memberi amaran akan mengambil tindakan tegas terhadap guru-guru yang mengambil kesempatan untuk mengajar matapelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Malaysia sepenuhnya sebelum 2012.

Ketua Pengarahnya, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom berkata, guru yang didapati berbuat demikian, akan diberi surat amaran.

“Kita akan ambil tindakan kepada guru-guru, pengetua. Dia tidak boleh, (sebab dikira) dia melanggar dasar,” katanya dalam sidang media di kementerian itu di Putrajaya tengahari tadi.

Berikutan itu, beliau meminta guru besar dan pengetua sekolah supaya memantau perkara itu.
 
'Anugerah Sasterawan Negara bukan untuk tutup mulut saya' - Malaysiakini 18 Ogos 2009 PDF Print E-mail
Keratan Akhbar Terpilih

Datuk Dr Anwar Ridhwan menolak tanggapan bahawa pemilihannya sebagai Sasterawan Negara adalah bagi menutup mulutnya yang lantang menentang dasar Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

Beliau adalah antara penentang utama dasar bahasa tersebut bersama-sama dengan seorang lagi Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said dan bekas ketua pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Datuk Hassan Ahmad.

Malah, semua sasterawan yang masih hidup telah mengeluarkan kenyataan bersama menentang pelaksanaan PPSMI.

"Saya rasa kerajaan bersikap terbuka sejak akhir-akhir ini. Begitu juga dengan (Sasterawan Negara) Muhammad Haji Salleh yang lantang dalam ucapan-ucapannya.

 
Pak Samad di P. Pasir desak mansuh segera PPSMI - Malaysiakini 17 Ogos 2009 PDF Print E-mail
Keratan Akhbar Terpilih

Pemansuhan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik (PPSMI) tidak dapat meredakan perasaan tidak puas hati kumpulan seniman dan budayawan yang bergabung dalam Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP).

Jumaat ini, empat hari sebelum pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir berlangsung, penasihat GMP Sasterawan Negara A Samad Said dijadual turun berkempen atas pentas PAS bagi meminta dasar itu dimansuhkan segera.

Awal bulan lepas, kerajaan mengumumkan PPSMI dimansuhkan mulai 2012.

"Saya diberi pentas, bercakap soal PPSMI, tentang perkembangannya. (Tindakan) itu biasa sahaja, oleh kerana (ada) pilihan raya kecil," katanya kepada Malaysiakini hari ini.

 

"Itu adalah tafsiran (orang ramai). Saya cuma guna pentas (PAS)," tambahnya, apabila diminta pembabitannya bersama parti itu pada pilihan raya DUN itu.

 
Pak Samad usul demo anti-PPSMI - Malaysiakini 12 Ogos 2009 PDF Print E-mail
Keratan Akhbar Terpilih
Datuk A Samad Said akan mengutarakan cadangan berdemonstrasi sekali lagi bagi mendesak pemansuhan serta-merta dasar Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dalam satu mesyuarat Gabungan Mansuhkan PPSMI (GMP) hujung minggu ini.

"Ya, memang cadangan asalnya dari mulut saya. Saya akan lontarkan saja," kata sasterawan negara itu kepada Malaysiakini petang ini.

"Kalau dituntut (berdemo) dan atas sebab-sebab yang munasabah dan luhur, apa salahnya."

Beliau, juga popular dengan panggilan Pak Samad, diminta menjelaskan cadangannya agar perhimpunan besar diadakan bagi kali kedua sebaik sahaja pengumuman Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin memansuhkan dasar itu mulai 2012 awal bulan lalu.
 
<< Start < Prev 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Next > End >>

Page 1 of 24