Info Kumpulan Prihatin

KUMPULAN PRIHATIN terdiri daripada sekumpulan tokoh-tokoh bahasa, ilmuan, ahli akademik, tokoh agama, budayawan dan sasterawan dan beberapa NGO yang prihatin terhadap isu-isu berhubung dengan masa depan bangsa, agama dan negara khususnya dalam isu-isu bahasa, budaya dan pendidikan bangsa Melayu. Antara program besar yang pernah dijalankan ialah Persidangan Agenda Melayu & Perpaduan Kebangsaan 2001, Perhimpunan Agenda Melayu 2004 yang membawa kepada pengwujudan slogan “Berpakatlah” antara Parti-parti Melayu dan Islam ketika itu bagi melahirkan masyarakat yang harmoni. Kumpulan ini juga turut memperjuangkan isu bahasa, pendidikan dan sosial orang Melayu dan Islam.

Bahan Penerbitan Prihatin

prihatin

Statistik

Members : 3
Content : 298
Web Links : 17
Content View Hits : 168031

Pelawat

We have 2 guests online
Kertas Kerja Wacana Bulanan Kumpulan Prihatin
Bantahan PPSMI menanti di Penanti - Malaysiakini 17 April 09 PDF Print E-mail
Kertas Kerja Wacana Bulanan Kumpulan Prihatin

PPSMISasterawan Negara, Datuk A Samad Said berikrar terus membantah dasar Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), termasuk dalam pilihanraya kecil DUN Penanti tidak lama lagi.

"Untuk saya sendiri, saya akan teruskan (berkempen). Biarpun saya kalah dalam berlawan," katanya kepada Malaysiakini ketika ditanya sama beliau akan turut serta berkempen kali ini seperti pada pilihanraya kecil Kuala Terengganu dan Bukit Selambau.

"Saya akan terus (berkempen) kerana saya merasakan, yang paling penting (menjelaskan persoalan) mengapa Kementerian Pelajaran melanggar Akta Bahasa (dengan melaksanakan PPSMI)?

 
Kontrak Sosial dan Keabsahan Politik Melayu - Marzuki Mohamad - Wacana Bulanan Kumpulan Prihatin 12 Julai 2008 PDF Print E-mail
Kertas Kerja Wacana Bulanan Kumpulan Prihatin

Kontrak Sosial dan Keabsahan Politik Melayu[1]

Marzuki Mohamad[2]

Teori kontrak sosial dalam tradisi Barat (sepertimana yang dikemukakan oleh John Locke, Thomas Hobbes dan Jean Jaque Rousseau) adalah satu fiksyen sejarah. Perjanjian antara sesama individu dalam masyarakat (atau antara individu dan negara) untuk hidup bersama secara aman tanpa menyakiti satu sama lain serta menghormati hak masing-masing tidak pernah berlaku di alam nyata. Tidak pernah wujud perjanjian bertulis atau lisan antara sesama individu yang mengikat mereka kepada satu aturan hidup bermasyarakat. Ia hanyalah andaian sejarah semata-mata. Namun begitu, teori kontrak sosial telah memberikan asas kepada pembentukan masyarakat dan negara moden. ”Perjanjian” fiksyen ini menjadi asas yang rasional kepada keperluan hidup bermasyarakat dan segala aturannya. Kertas ini akan meninjau sisi-sisi debat kontrak sosial di Malaysia dan implikasinya kepada keabsahan politik Melayu di negara ini.

 
Pengubalan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu - Nik Anuar Nik Mahmud - Wacana Bulanan Kumpulan Prihatin 12 Julai 2008 PDF Print E-mail
Kertas Kerja Wacana Bulanan Kumpulan Prihatin

Pengubalan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu

 

Nik Anuar Nik Mahmud (Universiti Kebangsaan Malaysia)

 

Kertas kerja ini dibentang sewaktu Wacana Bulanan Kumpulan Prihatin pada 12 Julai 2008, bertempat di Shah’s Village Hotel. Anjuran Kumpulan Prihatin

 

 

 

Pada 31 Ogos 2007 genaplah 50 tahun Malaysia mencapai kemerdekaan setelah dijajah oleh kuasa-kuasa penjajah silih berganti sejak 1511.  Dalam tempoh itu penjajah British yang paling lama menjajah negeri-negeri Melayu. Usaha untuk membebaskan Tanah Melayu daripada penjajahan British bermula pada tahun-tahun 1930an apabila Kesatuan Melayu Muda dibentuk oleh Ibrahim Hj. Yaacob dan rakan-rakannya. Selepas Perang Dunia Kedua, perjuangan ke arah kemerdekaan semakin rancak. Setelah memenangi majoriti besar dalam pilihanraya Persekutuan pada 1955, Perikatan UMNO-MCA-MIC telah mengadakan rundingan dengan kerajaan British mengenai Tanah Melayu. Rombongan Perikatan yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman dan wakil-wakil Raja-raja Melayu telah mengadakan rundingan dengan Kerajaan British pada 18 Januari 1956. Perikatan dan kerajaan British telah bersetuju untuk mengisytiharkan kemerdekaan bagi Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957. Bersesuaian dengan persetujuan itu sebuah Suruhanjaya Bebas akan dibentuk bagi menggubal Perlembagaan Tanah Melayu Merdeka.

 

 

PERGUBALAN PERLEMBAGAAN

 

Pada 8 Mac 1956 kerajaan British, selepas mendapat persetujuan Majlis Raja-raja Melayu, telah mengumumkan pembentukan sebuah Suruhanjaya bebas bagi mengkaji bentuk perlembagaan bagi Tanah Melayu yang merdeka dalam komonwel yang mengandungi lima orang anggota yang terdiri dari Lord Reid sebagai pengerusinya Ivor Jennings, Sir William McKell, B. Malik dan Hakim Abdul Hamid.