Info Kumpulan Prihatin

KUMPULAN PRIHATIN terdiri daripada sekumpulan tokoh-tokoh bahasa, ilmuan, ahli akademik, tokoh agama, budayawan dan sasterawan dan beberapa NGO yang prihatin terhadap isu-isu berhubung dengan masa depan bangsa, agama dan negara khususnya dalam isu-isu bahasa, budaya dan pendidikan bangsa Melayu. Antara program besar yang pernah dijalankan ialah Persidangan Agenda Melayu & Perpaduan Kebangsaan 2001, Perhimpunan Agenda Melayu 2004 yang membawa kepada pengwujudan slogan “Berpakatlah” antara Parti-parti Melayu dan Islam ketika itu bagi melahirkan masyarakat yang harmoni. Kumpulan ini juga turut memperjuangkan isu bahasa, pendidikan dan sosial orang Melayu dan Islam.

Bahan Penerbitan Prihatin

prihatin

Statistik

Members : 3
Content : 298
Web Links : 17
Content View Hits : 168195

Pelawat

We have 7 guests online
Mengapa Majlis Raja-Raja Melayu akan Menolak PPSMI - Puan Ainon Mohd PDF Print E-mail
Pendidikan & Bahasa
BenderaGerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) akan menyampaikan memorandum dengan tangan kepada semua Raja-Raja Melayu.

Hujah yang akan diberikan kepada Raja-Raja Melayu mengapa isu PPSMI sangat penting dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu adalah perkaitan kuat antara bahasa Melayu dengan kedudukan Raja-Raja Melayu.

Menurut Prof. Emeritus Dr. Abdullah Hassan, Naib Pengerusi GMP, Bahasa Melayu adalah tonggak yang berperanan menjaga nilai-nilai taat setia kepada Raja-Raja Melayu.  Bahasa Inggeris pula adalah anti-raja. Justeru bahasa Inggeris memainkan peranan penting dalam sejarah penghakisan nilai-nilai pro-istana Melayu dan penghakisan kuasa Raja-Raja Melayu.

Sudah terbukti bahawa golongan yang paling kuat menentang Raja-Raja Melayu, dan mereka yang mahu menghapuskan kuasa Raja-Raja Melayu dengan mengubah Perlembagaan Malaysia, adalah golongan yang berpendidikan Inggeris serta mengagung-angungkan bahasa Inggeris.

Jika Raja-Raja Melayu tidak sedar fakta ini, malanglah nasib Raja-raja Melayu. Pertama, kedudukan mereka sendiri akan semakin terancam. Kedua, rakyat akan bertambah kecewa terhadap peranan Raja-Raja Melayu sebagai penjaga kepentingan agama dan kebudayaan Melayu, di mana bahasa adalah komponen paling penting dalam kebudayaan.

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

17 Jun 2009

Sumber: http://universitipts.com/index.php/site/comments/mengapa_majlis_raja_raja_melayu_akan_menolak_ppsmi/