Info Kumpulan Prihatin

KUMPULAN PRIHATIN terdiri daripada sekumpulan tokoh-tokoh bahasa, ilmuan, ahli akademik, tokoh agama, budayawan dan sasterawan dan beberapa NGO yang prihatin terhadap isu-isu berhubung dengan masa depan bangsa, agama dan negara khususnya dalam isu-isu bahasa, budaya dan pendidikan bangsa Melayu. Antara program besar yang pernah dijalankan ialah Persidangan Agenda Melayu & Perpaduan Kebangsaan 2001, Perhimpunan Agenda Melayu 2004 yang membawa kepada pengwujudan slogan “Berpakatlah” antara Parti-parti Melayu dan Islam ketika itu bagi melahirkan masyarakat yang harmoni. Kumpulan ini juga turut memperjuangkan isu bahasa, pendidikan dan sosial orang Melayu dan Islam.

Bahan Penerbitan Prihatin

prihatin

Statistik

Members : 3
Content : 298
Web Links : 17
Content View Hits : 167633

Pelawat

We have 13 guests online
Petua ABAH
Petua ABAH PDF Print E-mail
Petua ABAH
Tuesday, 30 September 2008 05:01
Sejak penggunaan internet meluas, ramai teman-teman mengirimkan pelbagai bahan yang menarik melalui internet kepada saya. Kebanyakannya meminta saya mengongsikan bahan tersebut kepada rakan-rakan yang lain. Dari itu saya mengambil peluang melalui ruang ini untuk menyibarkan pilihan petua yang saya rasa berguna dan mudah digunakan.

1. Menjimat dalam zaman harga petrol naik
2. Bawa kunci mobil semasa tidur
3. Lampu suluh
4. Lagi tentang menjimatkan petrol
5. Bagaimana untuk tidur lena
6. Sebut harga
7. Warga mas
8. Gastritis

 
Lampu Suluh atau Lampu Picit Boleh Jadi Penyelamat PDF Print E-mail
Petua ABAH
ularKita tidak perlu dipatuk ular untuk tahu ular itu berbisoa. Demikianlah kita tak perlu mengalami sesuatu kejadian yang mengerikan, seperti terperangkap di kamar apabila bangunan hotel atau pejabat bertingkat-tingkat dijilat api. Kita boleh belajar daripada pengalaman orang lain. Seorang teman saya pernah terperangkap di kamarnya di sebuah hotel apabila berlaku kebakaran. Hotel menjadi gelap gelita oleh asap api. Tidak seorang pun tahu di mana tangga kecemasan. Berlaku semacam permainan ikut pemimpin. Berkejar ke suatu hala, bukan tangga kecemasan, lalu mengarah ke hala yang lain. Nasib baik seorang daripada penghuni hotel itu mempunyai lampu suluh atau lampu picit. Walaupun kecil lampu suluh itulah yang menyelamatkan nyawa mereka.
 
Petua ABAH: Menjimatkan Petrol PDF Print E-mail
Petua ABAH
minyak Sejak penggunaan internet meluas, ramai teman mengirimkan pelbagai bahan yang menarik, berfaedah dan mudah dilaksanakan melalui emel saya. Kebanyakan mereka meminta saya mengongsikan bahan tersebut kepada rakan-rakan yang lain. Dari itu saya mengambil peluang melalui ruang ini untuk menyebarkan pilihan petua yang saya rasa berguna dan mudah digunakan.Oleh itu petua saya kali ini adalah bagaimana hendak menjimatkan minyak. Sejak harga petrol dan bahan bakar lain menanjak di luar jangkaan, banyak petua yang disampaikan kepada saya mengenai bagaimana kita boleh menjimatkan petrol. Di sini saya kongsikan beberapa daripadanya: