Info Kumpulan Prihatin

KUMPULAN PRIHATIN terdiri daripada sekumpulan tokoh-tokoh bahasa, ilmuan, ahli akademik, tokoh agama, budayawan dan sasterawan dan beberapa NGO yang prihatin terhadap isu-isu berhubung dengan masa depan bangsa, agama dan negara khususnya dalam isu-isu bahasa, budaya dan pendidikan bangsa Melayu. Antara program besar yang pernah dijalankan ialah Persidangan Agenda Melayu & Perpaduan Kebangsaan 2001, Perhimpunan Agenda Melayu 2004 yang membawa kepada pengwujudan slogan “Berpakatlah” antara Parti-parti Melayu dan Islam ketika itu bagi melahirkan masyarakat yang harmoni. Kumpulan ini juga turut memperjuangkan isu bahasa, pendidikan dan sosial orang Melayu dan Islam.

Bahan Penerbitan Prihatin

prihatin

Statistik

Members : 3
Content : 298
Web Links : 17
Content View Hits : 167630

Pelawat

We have 13 guests online
Politik
KRISIS POLITIK NEGARA - APA PILIHAN NAJIB ? - Tuan Haji Ahmad Azam PDF Print E-mail
Politik

Ahmad AzamNajib mewarisi perjuangan bapa
1. Negara telah menempa detik yang bersejarah. Bersejarah kerana buat pertama kali anak seorang mantan Perdana Menteri mewarisi kepimpinan negara. Apakah ini akan menjadi suatu kecenderungan baru dalam politik Malaysia yang mana kepemimpinan politik negara dimonopoli oleh beberapa keluarga yang berpengaruh seperti keluarga Gandhi di India dan Bhutto di Pakistan? Atau ini hanya suatu kebetulan atas usaha gigih sendiri. Kita lihatlah perkembangannya nanti.

Krisis politik berpunca dengan pemecatan Anwar Ibrahim

2. Kita semua maklum bahawa krisis politik dalam negara ini berpunca dari pemecatan Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO oleh Dr.Mahathir pada 2 September 1998. Ya, sudah lebih 10 tahun berlalu, politik negara umpama dibadai ombak besar. Usaha untuk membunuh kredibiliti Anwar dengan pelbagai cara ternyata gagal walaupun seluruh jentera kerajaan digunakan sepenuhnya. Dr.Mahathir akhirnya berundur, Pak Lah pun berundur juga. Anwar Ibrahim menjadi Ketua Pembangkang yang sangat digeruni apalagi di pentas rakyat. Masyarakat Cina, India, Kadazan kesemuanya melihat Anwar sebagai pemimpin yang berjiwa rakyat dan boleh menjadi Perdana Menteri yang lebih baik dan adil kepada semua. Ini pandangan akar umbi yang sentiasa dinafikan oleh media perdana. Bagi media perdana, skripnya ialah Anwar Ibrahim pengkhianat negara dan boneka Barat yang harus ditentang habis-habisan demi masa depan negara dan survival orang Melayu.

 
'One Malaysia' bukan pembaharuan - Dr Muhammad Nur Manuty PDF Print E-mail
Politik
Dr ManutyKUALA LUMPUR, 14 April (Hrkh) - Presiden Pusat Kajian Modeniti dan Masyarakat Madani (Cesmacs), Dr Muhammad Nor Manuty mendakwa, 'one Malaysia' yang dicadangkan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak hanyalah idea media untuk memulihkan imej Najib.

Walhal, konsep 'One Malaysia' itu adalah konsep lama yang sudah wujud dalam falsafah perpaduan di negara ini, katanya.
 
Konflik PAS-PKR: Terjejaskan Kerajaan Selangor PDF Print E-mail
Politik
shaharuddinRancangan Hujah episod 49 telah menjemput Prof. Madya Shaharuddin Badaruddin (Setiausaha Kumpulan Prihatin) dan Datuk Syed Al-Habshee (Ketua UMNO Bahagian Cheras) dengan tajuk " Konflik PAS-PKR: Terjejaskah Selangor".

Sila klik di bawah untuk melihat:

Sesi 1

Sesi 2

Sesi 3
 
Pasca Permatang Pauh - Hujah PDF Print E-mail
Politik

HujahRancangan Hujah episod 36 telah menjemput Prof. Madya Shaharuddin Badaruddin (Setiausaha Kumpulan Prihatin) dan Datuk Arif Shah Omar Shah (ADUN Seberang Jaya) dengan tajuk "Pasca Permatang Pauh".

Sila klik di bawah untuk melihat:

Sesi 1

Sesi 2

Sesi 3

 
<< Start < Prev 1 2 Next > End >>

Page 1 of 2