Info Kumpulan Prihatin

KUMPULAN PRIHATIN terdiri daripada sekumpulan tokoh-tokoh bahasa, ilmuan, ahli akademik, tokoh agama, budayawan dan sasterawan dan beberapa NGO yang prihatin terhadap isu-isu berhubung dengan masa depan bangsa, agama dan negara khususnya dalam isu-isu bahasa, budaya dan pendidikan bangsa Melayu. Antara program besar yang pernah dijalankan ialah Persidangan Agenda Melayu & Perpaduan Kebangsaan 2001, Perhimpunan Agenda Melayu 2004 yang membawa kepada pengwujudan slogan “Berpakatlah” antara Parti-parti Melayu dan Islam ketika itu bagi melahirkan masyarakat yang harmoni. Kumpulan ini juga turut memperjuangkan isu bahasa, pendidikan dan sosial orang Melayu dan Islam.

Bahan Penerbitan Prihatin

prihatin

Statistik

Members : 3
Content : 298
Web Links : 17
Content View Hits : 167624

Pelawat

We have 13 guests online
Seni, Budaya & Sastera - Baha Zain
MELAYU-ISLAM DI MANA KITA? - Baha Zain (28 November 2009) PDF Print E-mail
Seni, Budaya & Sastera - Baha Zain
Bekas Perdana Menteri Britain, Tony Blair, sedang disiasat tentang keputusannya melibatkan kerajaan dan tentera Inggeris bersubahat dengan bekas Presiden Amerika, Bush, menghancurkan Iraq atas tuduhan memiliki senjata pembunuhan massa. Tuduhan tersebut akhirnya tak terbukti , tetapi dua kerajaan Islam: Iraq, dan kemudian Afghanistan dimusnahkan oleh keganasan Amerika dan Britain yang dikepalai oleh Bush dan Blair.

Pada Hari Raya Aiduladha,Hari Raya Korban (1430) yang mengajak umat Islam bertaqwa, marilah kita semua menginsafi nasib dan masa depan masyarakat Islam di Malaysia,khasnya, dan di dunia antarabangsa selanjutnya.

 
KELAKAR KEJAM DARI SELATAN - Baha Zain (16 November 2009) PDF Print E-mail
Seni, Budaya & Sastera - Baha Zain
Ini sebuah kelakar yang brutal yang dikirimkan kepada saya dari seberang sempadan:

Musharraf, Gloria Aroyo, Mahathir dan Lee Kuan Yew sedang mengembara menuju ke suatu destinasi dalam keretapi. Musharraf duduk berdepan denganAroyo, dan Mahathir berdepan dengan Lee Kuan Yew. Apabila keretapi melintas sebuah terowong, gerabak keretapi menjadi gelap gelita, dan terdengar bunyi ciuman dan kucupan yang kuat dan kemudian bunyi tamparan.

Sejurus keretapi keluar daripada terowong gerabak kembali terang. Keempat-empat mereka nampak semacam bingung, tetapi bersikap diplomatik tak memberi komentar apa-apa.
 
SUKA DAN BENCI DI SINGAPURA (3) - Baha Zain (9 November 2009) PDF Print E-mail
Seni, Budaya & Sastera - Baha Zain
(Sambungan)

Seminggu sebelum berangkat ke Singapura pada 23 Oktober 2009, seorang sahabat bekas Duta Besar mengirim kepada saya melalui e-mel tulisan Karim Raslan ( Malaysian Insider, 28 September, 2009) yang meluahkan fikiran kritis dan juga perasaan tidak senangnya terhadap apa yang berlaku di Malaysia. Baginya kejadian-kejadian politik dan perkembangan sosial serta kegiatan agama di negara ini semakin mencerut kebebasan terutama lapisan kelas menengah yang profesional, berfikiran terbuka dan berpendidikan tinggi. Kalau dahulu kelas menengah bukan Melayu yang berhijrah ke luar negara, tetapi sekarang ada golongan menengah Melayu yang cerdik dan berpelajaran tinggi yang berkira-kira untuk meninggalkjan tanah air ini, katanya.

Karim Raslan seorang kolumnis yang sangat pemerhati orangnya , dan sangat menarik gaya tulisannya ,terhadap perkembangan semasa politik, seni-budaya, dan kemasyarakatan Malaysia, Indonesia dan negara-negara di rantau ini. Dia berkelulusan undang-undang dari Cambridge, separuh Melayu dan Inggeris, berusia sekitar 46 tahun dan telah menerbitkan tiga kumpulan tulisannya dalam bahasa Inggeris dengan judul Ceritalah. Almarhum ayahnya ialah Mohamad Raslan Toh Muda Abdullah (Ketua Akauntan Negara yang pertama, dan perintis Bank Bumiputera ) yang telah meninggal dunia dalam kemalangan kereta sewaktu masih muda.
 
SINGAPURA:DALAM SUKA & BENCI (2) - Baha Zain (4 November 2009) PDF Print E-mail
Seni, Budaya & Sastera - Baha Zain
Beberapa jam sebelum keluar meninggalkan hotel Peninsular Excelsior di Jalan Coleman saya bersembang-sembang di lobi hotel dengan Dr. Liaw Yock Fang ( pengkaji sastera Melayu), dan Encik Goh Choo Keng yang dahulu pernah menjadi penulis di Berita Harian Singapura. Dalam perbualan itu timbul topik politik penduduk Singapura dan Malaysia.

Encik Goh bertanya apa pandangan saya tentang masyarakat Melayu di Singapura. Saya memberitahunya pandangan saya secara sepintas lalu dan pada kulitnya sahaja, orang Melayu adalah penduduk minoriti berbanding jumlah besar penduduk Cina yang kuat ekonominya, dan mendominasi politik pemerintahan,maka tentulah orang Melayu berasa terhimpit dan tak selesa. Mereka hanya ada kira-kira 14 % sahaja, dan diidentifikasi sebagai Jawa, Boyan, India Muslim, etc. Mereka pun tak terkenal menduduki jawatan penting dalam angkatan tentera serta keselamatan, menteri kabinet, perkhidmatan awam dan malah ekonomi Singapura. Setahu saya hanya masjid di kawasan Kampung Gelam sahaja yang diizinkan melaungkan suara azan apabila tiba waktu solat. Saya tak pasti apakah orang Melayu Singapura sudah menerima semua ini sebagai suatu hakikat yang tak ada pilihan lain lagi di bawah pemerintahan pemimpin yang ada.
 
SINGAPURA: DALAM SUKA & BENCI (1) - Baha Zain (31 Oktober 2009) PDF Print E-mail
Seni, Budaya & Sastera - Baha Zain
Pulau kota yang kecil itu hanya di seberang selat sahaja; masih kelihatan jelas tebingnya dari Johor. Sudah hampir 20 tahun saya tidak menjejakkan kaki di buminya. Tak ada apa-apa yang menarik untuk ke sana, kecuali kenangan terhadap sejumlah kawan akrab, dan rasa terhutang budi atas pengaruh persuratan yang berpangkal di kota itu. Majalah Hiburan, Mastika, Mutiara, dan Filem Raya yang terbit sekitar tahun-tahun 50-an di Singapura tiba ke kampung halaman saya dan menjadi bahan bacaan kegemaran yang barangkali telah menyemaikan benih cinta terhadap persuratan dan penulisan dalam bahasa Melayu.

Dari pulau inilah juga terbitnya filem-filem Melayu yang menayangkan lakonan dan lawak jenaka P.Ramlee, Aziz Sattar, Ibrahim Pendek, Shamsuddin dan beberapa yang lain, serentak dengan lakonan bintang-bintang utama seniman P. Ramlee, Romai Noor,M. Amin, Omar Rojik, Aziz Jaafar, Jins Shamsuddin, Ahmad Mahmud dan Nordin Ahmad di samping seniwati Kasma Booty, Maria Minado, Saadiah, Latifah Omar, Normadiah, Rosnani etc. Mereka semua telah menghiburkan hati jutaan penonton di ceruk rantau semenanjung. Pakaian dan sikat rambut mereka menjadi model membentuk fesyen muda mudi dari Johor Bharu hingga ke Pulau Pinang. Malahan cara mereka berdialog pun menjadi ajukan.
 
<< Start < Prev 1 2 3 4 5 6 7 Next > End >>

Page 1 of 7