Artikel Pilihan
- Usah rendahkan martabat SK - Prof. Dr. Rosnani Hashim (1 Disember 2009)
- MELAYU-ISLAM DI MANA KITA? - Baha Zain (28 November 2009)
- KELAKAR KEJAM DARI SELATAN - Baha Zain (16 November 2009)
- Serlahkan Kecintaan terhadap Bahasa Kebangsaan dengan Menggunakan Istilah Bahasa Melayu - Mohd Isa Abd Razak (25 November 2009)
- Peranan Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Kebangsaan – Tan Sri Muhyiddin
- Benarkah Bahasa Melayu Teras Bahasa Kebangsaan? - Mohd Isa Abd Razak (26 November 2009)
- Hargai Sumbangan Dan Kekayaan Sumber Intelektual Islam
| KELAKAR KEJAM DARI SELATAN - Baha Zain (16 November 2009) |
|
|
|
| Seni, Budaya & Sastera - Baha Zain |
Ini sebuah kelakar yang brutal yang dikirimkan kepada saya dari seberang sempadan:Musharraf, Gloria Aroyo, Mahathir dan Lee Kuan Yew sedang mengembara menuju ke suatu destinasi dalam keretapi. Musharraf duduk berdepan denganAroyo, dan Mahathir berdepan dengan Lee Kuan Yew. Apabila keretapi melintas sebuah terowong, gerabak keretapi menjadi gelap gelita, dan terdengar bunyi ciuman dan kucupan yang kuat dan kemudian bunyi tamparan. Sejurus keretapi keluar daripada terowong gerabak kembali terang. Keempat-empat mereka nampak semacam bingung, tetapi bersikap diplomatik tak memberi komentar apa-apa. Musharraf berfikir: Kenapalah orang Malaysia syok sangat kepada Aroyo; menciiumnya dan kena penampar. Rasakanlah. Aroyo pula berfikir: Barangkali Mahathir cuba mencium aku, tetapi terciumkan Musharaf, dan kena penampar. Padankan mukanya. Mahathir sambil tunduk melihat ke lantai dan memegang pipinya yang merah pula berfikir: Agaknya Musharraf cuba mencium Aroyo, tetapi Aroyo ingat aku yang mahu menciumnya lalu menampar mukaku. Taik kucing betul. Lee Kuan Yew sambil memerhatikan Mahathir berfikir dalam hatinya: Kalau keretapi ini sekali lagi masuk terowong aku akan buat bunyi ciuman kuat dan tampar lagi muka Mahathir. ___________________ Apakah kelakar ini cuba menghina orang Melayu yang seolah-olah bodoh, lemah dan selalu menjadi mangsa walaupun jujur. Atau hendak menunjukkan bahawa antara Lee dan Mahathir memang ada permusuhan yang diam . Barangkali juga menyampaikan maksud bahawa orang Cina itu selalu merancang sesuatu untuk mengelirukan atau mengenakan orang lain; bukan sekali, tetapi banyak kali. Kelakar ini telah menimbulkan perselisihan pendapat antara sekumpulan rakan-rakan di Singapura. Lihat juga 2 sketsa kelakar dalam blog kebuncipta. Sumber: http://bahazain.blogspot.com/2009/11/kelakar-kejam-dari-selatan.html |





Ini sebuah kelakar yang brutal yang dikirimkan kepada saya dari seberang sempadan: