Artikel Pilihan
- Usah rendahkan martabat SK - Prof. Dr. Rosnani Hashim (1 Disember 2009)
- MELAYU-ISLAM DI MANA KITA? - Baha Zain (28 November 2009)
- KELAKAR KEJAM DARI SELATAN - Baha Zain (16 November 2009)
- Serlahkan Kecintaan terhadap Bahasa Kebangsaan dengan Menggunakan Istilah Bahasa Melayu - Mohd Isa Abd Razak (25 November 2009)
- Peranan Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Kebangsaan – Tan Sri Muhyiddin
- Benarkah Bahasa Melayu Teras Bahasa Kebangsaan? - Mohd Isa Abd Razak (26 November 2009)
- Hargai Sumbangan Dan Kekayaan Sumber Intelektual Islam
| MELAYU-ISLAM DI MANA KITA? - Baha Zain (28 November 2009) |
|
|
|
| Seni, Budaya & Sastera - Baha Zain |
Bekas Perdana Menteri Britain, Tony Blair, sedang disiasat tentang keputusannya melibatkan kerajaan dan tentera Inggeris bersubahat dengan bekas Presiden Amerika, Bush, menghancurkan Iraq atas tuduhan memiliki senjata pembunuhan massa. Tuduhan tersebut akhirnya tak terbukti , tetapi dua kerajaan Islam: Iraq, dan kemudian Afghanistan dimusnahkan oleh keganasan Amerika dan Britain yang dikepalai oleh Bush dan Blair.Pada Hari Raya Aiduladha,Hari Raya Korban (1430) yang mengajak umat Islam bertaqwa, marilah kita semua menginsafi nasib dan masa depan masyarakat Islam di Malaysia,khasnya, dan di dunia antarabangsa selanjutnya. Selepas peristiwa September 11, 2001,yang memusnahkan World Trade Center, New York, Islam dan pengikut-pengikutnya yang keseluruhannya ada sekitar 1/5 umat manusia di dunia ini, tiba-tiba menjadi pusat pembicaraan dan liputan media sehingga hari ini. Islam dituduh agama ganas dan ekstremis, dan dengan kekuatan senjata darat, laut dan udara, dan dengan kekuatan ekonomi serta teknologi, kafir Amerika dan Britain bersama-sama dengan sekutunya yang lain menyerang Iraq, dan Afghanistan yang dianggap melindungi pengganas. Lantas apa jua kejahatan yang dilakukan oleh orang Islam mereka dicap sebagai pelampau Islam. Mereka tidak menuduh Timothy McVey sebagai pengganas atau pelampau Kristian walaupun telah meletupkan bangunan kerajaan Amerika di Oklahoma ( mengakibatkan 168 orang mangsa terbunuh) sebelum berlakunya tragedi Sept.11, 2001. Propaganda Barat yang besar kemungkinan didalangi oleh Yahudi sedang meruntuhkan imej Islam dan orang yang beragama Islam. Pertentangan dan permusuhan mungkin bertambah sengit.Masjid Al-Aqsa yang dimuliakan oleh seluruh umat Islam masih tidak bebas daripada gangguan kafir Yahudi. Kita di Malaysia, negara yang terang-terang menjadikan Islam sebagai agama rasminya, apa yang sedang kita lakukan untuk memberi makna kepada Islam dan nasib umatnya di negara ini ? Pemimpin politik yang beragama Islam, tidak kira dalam parti apa pun, harus mengkaji secara rapi apa-apa strategi, tindakan dan program untuk membangunkan sistem pendidikan, pentadbiran,kewangan, ekonomi dan sosial menurut prinsip Islam tanpa berlaku zalim terhadap penganut kepercayaan lain. Tidakkah langkah pertama yang mudah ialah dengan mengharamkan sama sekali judi, arak, pelacuran, dan jenayah sosial? Tidak ada sesiapa baik Islam atau bukan Islam yang akan memprotes sekiranya "tindakan" tegas membersihkan bandar-bandar dan kampung kita daripada kekotoran ini dilakukan oleh pihak polis, majlis tempatan, jabatan imigrasi, dan Kementerian Dalam Negeri mulai Januari 2010 ini. Kurangkanlah bermain politik dan retorik. Rakyat sudah bosan dan muak dengan pergaduhan pemimpin-pemimpin parti politik dan cakap-cakap yang tuduh menuduh antara politikus; membuang dan membazirkan waktu negara yang berharga,dan masa rakyat sahaja. Janganlah fikir bahawa semua rakyat ini bodoh, memekakkan telinga dan memejamkan matanya terhadap persekitarannya.Malahan Perdana Menteri dan anggota kabinetnya pun sedang diletakkan dibawah kaca teropong untuk dianalisis ucapan dan perbuatannya. |





Bekas Perdana Menteri Britain, Tony Blair, sedang disiasat tentang keputusannya melibatkan kerajaan dan tentera Inggeris bersubahat dengan bekas Presiden Amerika, Bush, menghancurkan Iraq atas tuduhan memiliki senjata pembunuhan massa. Tuduhan tersebut akhirnya tak terbukti , tetapi dua kerajaan Islam: Iraq, dan kemudian Afghanistan dimusnahkan oleh keganasan Amerika dan Britain yang dikepalai oleh Bush dan Blair.