Info Kumpulan Prihatin

KUMPULAN PRIHATIN terdiri daripada sekumpulan tokoh-tokoh bahasa, ilmuan, ahli akademik, tokoh agama, budayawan dan sasterawan dan beberapa NGO yang prihatin terhadap isu-isu berhubung dengan masa depan bangsa, agama dan negara khususnya dalam isu-isu bahasa, budaya dan pendidikan bangsa Melayu. Antara program besar yang pernah dijalankan ialah Persidangan Agenda Melayu & Perpaduan Kebangsaan 2001, Perhimpunan Agenda Melayu 2004 yang membawa kepada pengwujudan slogan “Berpakatlah” antara Parti-parti Melayu dan Islam ketika itu bagi melahirkan masyarakat yang harmoni. Kumpulan ini juga turut memperjuangkan isu bahasa, pendidikan dan sosial orang Melayu dan Islam.

Bahan Penerbitan Prihatin

prihatin

Statistik

Members : 3
Content : 298
Web Links : 17
Content View Hits : 167629

Pelawat

We have 13 guests online
Yang Remeh Bukan Temeh
SEMBAH DERHAKA PDF Print E-mail
Yang Remeh Bukan Temeh
Abu BakarBaru-baru ini dalam rancangan Hujah  anjuran TV 9,  dua orang calon naib presiden UMNO telah menasihatkan Menteri Besar Perak yang disingkirkan, Dato’ Seri Mohammad Nizar Jamaluddin supaya jangan menggunakan ungkapan ‘sembah derhaka’. Mereka mencadangkan frasa lain seperti ‘mohon menyampaikan pandangan yang berlainan’ dan lain-lain.

Bagaimanakah bahasa istana yang digunakan zaman berzaman bagi rakyat menyampaikan pandangannya yang berlainan atau bertentangan dengan titah Sultan?

Untuk menjawabnya, kita perlu membuat rujukan kepada teks Melayu lama. Di bawah ini, saya petik dua contoh dari epik Melayu yang agung, Hikayat Hang Tuah.
 
Memperkenalkan Pak Tenas PDF Print E-mail
Yang Remeh Bukan Temeh

Pada hari Khamis 14 Ogos yang lalu, Pusat Dialog Peradaban, Universiti Malaya telah menganjurkan Syarahan Umum bertajuk, ‘Falsafah Melayu Islam Menghadapi Kepelbagaian’. Penceramahnya ialah Pak Tenas. Saya telah diberikan penghormatan mempengerusikan Syarahan tersebut dan memperkenalkan Pak Tenas. Oleh kerana Pak Tenas nama yang besar dalam bidang pengajian Melayu, saya percaya ramai yang berminat mengetahui tentang tokoh ini. Di sini saya mengongsikan maklumat mengenai riwayat hidup tokoh ini.

Apabila di sebut nama Tengku Nasyaruddin Said Effendy bin Tengku Said Umar Mhammad, barangkali ramai yang tertanya-tanya siapa dia. Tetapi apabila disebut nama Pak Tenas Effendy, ramai mengenalinya. Mereka dalam bidang Pengajian Melayu tidak mungkin tidak mengenalinya.

Beliau telah mengabdikan dirinya lebih setengah abad mengumpul, mendokumentasi, meneliti, menulis dan memberi kuliah dan rundingan mengenai bahasa,  sastera dan budaya Melayu. Hingga kini telah menghasilkan lebih 70 buah buku, lebih 100 buah mekalah dan menjadi sumber rujukan di rantau ini tentang kebudayaan Melayu.
 
Pesan Abu Bakar PDF Print E-mail
Yang Remeh Bukan Temeh

awang buncis(Tiga buah sajak Prof A Rahman Shaari berikut telah disamapaikan dalam majlis sambutan ulangtahun kelahiran Prof. Datuk Abu Bakar ke 70, di Jabatan Pengajiam Media, Universiti Malaya pada 30 Julai 2008. Menurut Prof Rahman, sajak-sajak ini berdasarkan pesan yang disampaikan Prof. Abu Bakar, baik secara langsung maupun tidak langsung pada masa lalu. Bagi pelajar beliau, Prof. Rahman mengingatkan  inilah contoh sajak seloka yang pernah beliau sebutkan)

 

Pesan Satu

Jika kau guru,
di majlis, tersua muridmu
jangan kau perkenalkan kepada sesiapa;
ini muridku
ini pelajarku

Biarpun dia di langit gemilang
atau di lumpur longkang
tersenyumlah saja seadanya
tersenyumlah saja kepadanya

 
Bahasa Melayu Dan Pemerkasaannya PDF Print E-mail
Yang Remeh Bukan Temeh
Di atas kertas kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi kukuh kerana termaktub dalam undang-undang negara. Datuk Hj. Abdul Ghani bin Othman, MB Johor dalam majlis Penyampaian Hadiah Sastera Darul Ta’zim ke VI, 11 Ogos 2007 mengatakan:
 
Dasar bahasa di Malaysia telah diputuskan melalui ‘kontark sosial’ di antara Melayu, Cina dan India sebelum kemerdekaan dicapai pada   tahun 1957. Dalam perundingan itu bahasa Melayu telah dipilih sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi Negara. Malangnya keputusan dan kesepakatan ini tidak dirakam atau dimaktub secara jelas dalam undang-undang dasar bahasa yang terdapat dalam artikel 152 perlembagaan dan dalam Akta Bahasa Kebangsaan 1967. Kedua-dua dokumen undang-undang itu hanya menyebut vahawa bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu, tanpa menyebut apakah tujuannya.
 
Dari segi pendidikan, kedudukan bahasa Melayu ini telah dimantapkan oleh dasar pendidikan negara:
  • Laporan Razak (1956) yang menegaskan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan Negara ini.  
  • Penyata Rahman Talib 1960
  • Akta Pelajaran 1961
  • Akta Pendidikan 1996.
Tetapi apakah sebenarnya kedudukan bahasa Melayu di negara Malaysia sudah mantap?
 
Ucapan Terima Kasih Majlis Meraikan Munshi Menyambut Usiaku 70 PDF Print E-mail
Yang Remeh Bukan Temeh

awang buncisPertama-tama saya melafazakan rasa syukur ke hadrat Ilahi kerana limpah kurnianya saya masih dapat bersama-sama Anda tengah hari ini dalam keadaan sihat walafiat. Selanjutnya saya mencgucapkan terima kasih kepada Anda semua kerana bersusah payah meraikan hari ulang tahun kelahiran saya tengah hari ini. Sebenarnya seperti disebut oleh Prof Azizah tadi, tarikh lahir saya 23 Julai.Pada mulanya anak-anak saya mahu mengadakan majlis sambutan di rumah, menjemput teman-teman karib dan saudara mara. Saya telah melarang mereka berbuat demikian dan mencadangkan seperti lazimnya kami mengadakan makan malam bersama. Saya telah menceritakan ini waktu kami makan tengah hari di Shah Motel. Hadir bersama dalam majlis makan itu Dato’ Hashim Yaacob, Prof. Emeritus K.T. Joseph, Prof. Azizah Hamzah dan Prof Zubaidah Abd. Rahim.

 
<< Start < Prev 1 2 Next > End >>

Page 1 of 2